Tart Strawberi Istimewa Ayahman Cameron Highlands — rasa premium, dibakar segar di Cameron Highlands.
Jom Sertai Projek Kuih Raya 2026
Mudah dijual kerana keunikannya dari Cameron Highlands, dengan potensi menjana jualan empat hingga lima angka pada Raya 2027.
Kuih raya memang banyak di pasaran, tapi tart strawberi Ayahman ini unik dan sukar ditemui. Tart ini dibakar segar di Cameron Highlands, dengan inti yang dibuat daripada strawberi segar dari sana. Sekali rasa, memang susah nak lupa.
Pada Raya 2026, kami uji sambutan pelanggan. Kesemua 3,000 kotak stok percubaan habis dalam masa lima hari sahaja melalui jualan runcit, tanpa ejen atau saluran jualan lain.
Kami nak lebih ramai orang dapat menikmati tart strawberi Ayahman Cameron Highlands. Bayangkan bila bawa balik sekotak ke kampung, semua orang teruja nak rasa. Suasana berkumpul dan berkongsi itulah yang tak ternilai.
Video Tart Strawberi
Ulasan pembeli
Apa kata pembeli tart Ayahman?
“Warnanya menarik, tak terlalu manis, adunan sebati, sampai cepat.”
Pak · Pakej 3 kotak
“Sedap sangat. Tak rugi beli 3 box terus.”
Hanim · Pakej 3 kotak
“tekstur doh yang lembut dan gebu.”
Rohati · 16 biji sekotak
Bagaimana nak dapatkan jualan?
Khas untuk anda yang baru nak mula. Jika anda dah ada saluran pengedaran sendiri, anda lebih arif tentang cara menjual kepada pelanggan anda.
Daripada pengalaman kami di Cameron Highlands serta membuka gerai dan kiosk di acara, cara paling berkesan untuk kami ialah beri pelanggan sampel percuma.
- Sediakan beberapa kotak untuk sampel. Satu kotak ada 16 biji tart, cukup untuk 16 orang jika seorang dapat sebiji. Sebagai anggaran, 6 hingga 10 orang mungkin membeli. Hasil sebenar bergantung pada sambutan pelanggan anda.
- Kumpul pesanan. Catat pesanan daripada mereka yang berminat, kemudian masukkan pesanan ke dalam sistem reseller Ayahman selepas anda dapat akses.
- Kami urus penghantaran. Ayahman pos terus kepada pelanggan anda. Anda boleh mula dengan beberapa kotak untuk sampel sahaja.
Siapa yang sesuai menjadi reseller Ayahman?
Pemilik perniagaan
Tawarkan tart kepada pelanggan sedia ada atau edarkan melalui ejen dan saluran jualan anda untuk Raya 2027. Sediakan stok jika saluran anda perlukan bekalan yang sedia dihantar.
Bekerja dan baru nak mula berniaga
Mulakan dengan kenalan terdekat. Beri mereka rasa, kumpul pesanan dan buat tempahan dalam sistem reseller Ayahman.
Pilih cara urus stok ikut cara anda menjual. Jika mahu kurangkan risiko stok tak terjual, ambil pesanan dahulu dan buat tempahan dalam sistem reseller. Kami pos terus kepada pelanggan anda.
Pilihan pakej
Pilih cara anda nak mula.
Personal Shopper
10% diskaun pesanan seterusnya
Pendaftaran percuma
Untuk mula jual kepada kenalan dan belajar sambil buat jualan.
- Kumpulan sokongan jualan
- Webinar strategi mingguan
Certified Reseller
25% diskaun pesanan seterusnya
RM190 untuk 6 kotak · Pos percuma
Jumlah RM190
- 96 biji tart untuk dijual atau dijadikan tester
- Kumpulan khas, modul dan bimbingan jualan
RM190 untuk apa? Bila diskaun bermula?
Certified Reseller: RM190 ialah bayaran sekali semasa pendaftaran. Anda dapat 6 kotak tart dengan penghantaran percuma. Selepas mendaftar, pesanan seterusnya melalui sistem reseller Ayahman mendapat diskaun 25%.
Personal Shopper: Pendaftaran percuma. Selepas mendaftar, pesanan seterusnya melalui sistem reseller Ayahman mendapat diskaun 10%.
Soalan lazim
Sebelum anda pilih pakej.
Saya belum pernah berniaga. Nak mula dari mana?
Mulakan dengan beberapa kenalan yang mudah ditemui. Beri mereka rasa tart dan kenalkan pilihan 3 kotak RM100. Gunakan panduan jualan Ayahman untuk langkah seterusnya.
Apa yang saya dapat dengan RM190?
RM190 dibayar sekali semasa pendaftaran Certified Reseller dan termasuk 6 kotak tart serta penghantaran percuma. Diskaun 25% bermula pada pesanan seterusnya dalam sistem reseller Ayahman.
Macam mana nak dapat tester?
Gunakan tart daripada kotak yang dibeli. Setiap kotak ada 16 biji, jadi 6 kotak boleh sediakan sehingga 96 sampel jika beri seorang satu biji.
Siapa urus penghantaran pelanggan?
Anda ambil pesanan dan buat pembelian dalam sistem reseller. Ayahman urus pos kepada pelanggan. Caj pos pesanan pelanggan RM10.
Apa jadi selepas daftar?
Pasukan Ayahman semak pendaftaran sebelum memberi akses, kemudian terangkan langkah seterusnya mengikut pakej.
